suria

Warga emas diarak macam lembu, kasut digantung di leher... Muka dihitamkan, dipaksa jilat ludah

Seorang lelaki diarak dengan muka dihitamkan dan dipaksa menjilat ludah. -Gambar laman X

SEORANG lelaki berusia 75 tahun bukan sahaja diarak berjalan dengan sejumlah kasut digantung di bahagian lehernya, malah dipaksa menjilat ludahnya sendiri.

Menurut polis, kejadian berlaku di India pada Khamis dan perkara tersebut diketahui menerusi video yang tular di media sosial.

Tambah polis, mangsa yang merupakan penduduk kampung Tighara juga dihitamkan mukanya menggunakan dakwat.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku selepas seorang lelaki memfailkan aduan terhadap mangsa kerana didakwa meraba anak perempuannya.

Polis menahan empat individu yang didakwa terlibat dalam penghinaan terhadap mangsa.

Kes disiasat di bawah pertuduhan menahan secara salah, menyebabkan kecederaan, pecah rumah, penghinaan dengan sengaja, dan ugutan jenayah. - NDTV

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain