suria

Lelaki ditangkap gara-gara tayang zakar dalam kedai, kena ‘sound’ dengan hakim ketika perbicaraan

Lelaki itu mengaku bersalah ketika dibicarakan pada Rabu. -Gambar MEDIA WALES

SEORANG lelaki berusia 34 tahun mengaku bersalah pada Rabu selepas dia ditangkap kerana membuka seluar di tempat awam Mac lalu.

Menerusi kejadian pada 13 Mac, Matthew Byrnes berkunjung ke dua buah kedai di pusat bandar Pontypridd, Wales, sebelum bertindak menunjukkan kemaluannya kepada orang awam.

14 hari kemudian, lelaki dari Garth Avenue, Glyncoch itu sekali lagi berkunjung ke kedai sama dan turut mendedahkan kemaluannya.

Dia ditangkap atas kesalahan itu dan mengaku bersalah ketika dibicarakan di Mahkamah Merthyr Tydfil Crown.

Dalam mitigasi, laporan perubatan dan psikiatri mengesahkan defendan mengalami masalah pembelajaran dan "tidak tahu bagaimana hubungan seksual berkembang

Dalam perbicaraan itu, lelaki berkenaan turut ditegur oleh Hakim Lucy Crowther atas perbuatannya tempoh hari.

"Kamu tahu apa yang betul dan apa yang salah. Mendedahkan zakar kamu bukan sahaja tindakan jenayah, malah ia juga bukan cara hubungan seksual berkembang.

"Tiada siapa yang mahu melihat zakar kamu Byrnes, hanya kamu yang berminat dengannya," ujar Crowther.

Byrnes dijatuhi hukuman perintah komuniti selama dua tahun.

Dia juga diperintahkan untuk mengikuti aktiviti pemulihan selama 40 hari, perintah berkurung selama empat bulan, membayar kos £420 (RM2,458) dan menandatangani daftar pesalah seks selama lima tahun. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi