suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terserempak di restoran, wanita Palestin ‘sound’ Senator Amerika - “68 orang ahli keluarga saya dibunuh sejak 3 minggu lalu”

Seorang pelarian Palestin bersemuka dengan Senator Warren di sebuah restoran di Boston.

VIDEO pertemuan antara seorang wanita Palestin dengan Senator Amerika Syarikat (AS) Elizabeth Warren tular selepas ia dikongsi ke media sosial.

Menerusi video tular, wanita itu menghampiri Senator Warren dari Massachusetts yang sedang duduk di meja makan di sebuah restoran di Boston.

Selepas memperkenalkan dirinya, wanita itu turut bertanya kepada Senator Warren tentang keengganannya menyokong gencatan senjata antara Palestin dan Israel.

"Saya pelarian dari Gaza dan saya merupakan penduduk di kawasan anda. 68 orang ahli keluarga saya dibunuh sejak tiga minggu lalu.

"Saya nak tahu, berapa ramai lagi yang perlu mati sebelum anda meminta gencatan senjata?

ARTIKEL BERKAITAN: Tentera Israel tak berhenti serang hospital di Gaza... Doktor cerita ramai pesakit terpaksa balik tanpa rawatan, tak sempat dibedah

"Orang ramai menghubungi pejabat anda setiap hari meminta gencatan senjata dan anda enggan menyeru gencatan senjata," ujar wanita itu yang berdiri di tepi meja.

Seorang individu, dipercayai kakitangan restoran menegur wanita itu dan memberitahu premis itu bukan tempat sesuai untuk membincangkan hal tersebut.

Video itu tular selepas dikongsi ke laman X.

Pada Isnin, sekumpulan kecil penunjuk perasaan mengadakan perarakan di luar Dewan Bandaraya Boston yang mana mereka menuntut Senator Warren untuk menyokong gencatan senjata segera di Israel dan Palestin. - India Today.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain