PRESIDEN Rusia Vladimir Putin sekali lagi dituduh menjalani pembedahan plastik selepas gambar baharu menunjukkan pipinya yang kelihatan bengkak. Pemimpin berusia 71 tahun itu didakwa menjalani prosedur berkenaan untuk kekal awet muda. Ia bukanlah kali pertama Putin dikaitkan dengan tuduhan berkenaan. Namun, The Sun melaporkan Putin menafikan dia menjalani sebarang prosedur kosmetik untuk mengubah rupa parasnya. April lalu, Dr Gareth Nye dari Sekolah Perubatan Chester turut membuat penjelasan tentang wajah Putin yang kelihatan sedikit bengkak. "Muka boleh kelihatan bengkak kerana beberapa sebab dari akut hingga kronik dengan tahap keterukan yang berbeza-beza. "Perkara pertama yang perlu dipertimbangkan ialah umur memainkan peranan yang besar dalam setiap aspek badan kita termasuk muka yang mungkin kelihatan berbeza meskipun ia hanya semula jadi. "Seiring bertambahnya usia, kulit tidak licin dan teguh seperti masa muda, bermakna ia mengendur dan menjadi longgar membolehkan timbunan lemak semula jadi bergerak lebih rendah daripada sebelumnya. "Dalam kombinasi dengan perubahan dalam telinga dan hidung dengan usia, kebanyakan muka akan kelihatan bengkak di bahagian bawah di sekitar dagu dan leher," ujarnya. - Daily Star. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube