suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Petani gagal temuduga kerana dianggap terlalu hodoh, lebih 10 kilang tolak permohonan kerja

Truong gagal semua temuduga kerana wajahnya yang dianggap hodoh.

SEORANG petani di China mendakwa dia sukar mendapat pekerjaan kerana wajahnya yang dianggap terlalu hodoh.

Menurut Truong, dia berpindah ke Chongqing kerana tertarik dengan banyak peluang pekerjaan di kilang-kilang elektronik tempatan yang menawarkan gaji lumayan.

Meskipun memohon kepada lebih sepuluh kilang dalam tempoh sepuluh hari, dia secara konsisten ditolak dan langsung tidak diberi peluang.

"Saya seorang petani dari luar bandar, mencari kerja untuk memperbaiki kehidupan saya, jadi saya terpaksa pergi ke kawasan lain untuk lebih banyak peluang.

ARTIKEL BERKAITAN: Muka bertukar hodoh selepas jalani pembedahan plastik

"Bekerja di kilang elektronik memerlukan kesihatan yang baik dan keupayaan untuk meluangkan masa. Tetapi apa kaitannya dengan muka saya? Saya betul-betul tidak faham. Adakah kilang mengambil pekerja tetap atau model?" luahnya.

Di sebalik kekecewaannya, Truong tetap tabah dalam usaha mencari pekerjaan demi mengubah status hidupnya.

Dia juga mula menerima sokongan netizen selepas berkongsi tentang kisah hidup serta cabaran yang dilaluinya menerusi media sosial. - Thaiger.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain