suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pintu hadapan ditutup, ribuan terperangkap di Hospital al-Shifa! Tentera Israel halang ambulan keluar atau masuk dari kawasan pertempuran

Keadaan di hadapan Hospital al-Shifa yang dikepung Israel. -Gambar Al Jazeera

RIBUAN penduduk Gaza yang cedera dan kehilangan tempat tinggal terperangkap di dalam Hospital al-Shifa selepas pintu hadapan bangunan itu ditutup tentera Israel.

Malah hospital terbesar itu dikepung sepenuhnya sejak awal pagi Sabtu sekali gus menghalang ambulans daripada memasuki atau meninggalkannya.

Pada masa sama, bekalan perubatan dan makanan juga sudah kehabisan.

"Mereka menyerang dan memusnahkan pintu depan kompleks perubatan utama di Semenanjung Gaza kerana pesakit dan ribuan rakyat Palestin masih tinggal di dalam kawasan hospital ini.

“Tentera Israel ditempatkan di sektor berbeza bagi mengelilingi kawasan. Mereka tidak lagi mampu menggerakkan ambulans untuk membawa mangsa dan orang cedera dari kawasan yang menjadi sasaran," kata Tareq Abu Azzoum dari Al Jazeera.

Tambahnya, penembak tepat dan artileri Israel juga menyasarkan sesiapa sahaja yang bergerak di luar hospital.

Pengarah Al-Shifa Muhammad Abu Salmiya menyifatkan kawasan sekitar hospital itu sebagai 'medan pertempuran'.

Pun begitu, beliau berjanji bahawa kakitangan hospital akan kekal bersama pesakit sehingga saat terakhir.

"Kami tidak akan pergi, kerana kami tahu jika kami meninggalkan hospital, berpuluh-puluh pesakit akan mati," kata Abu Salmiya kepada Al Jazeera.

Pengeboman yang semakin meningkat itu berlaku selepas serangan Israel ke atas Hospital al-Shifa pada awal Jumaat yang membunuh sekurang-kurangnya 13 orang dan mencederakan beberapa yang lain. - Al Jazeera

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain