suria

Lelaki umur 42 tahun alami kecederaan otak ketika hubungan seks dengan isteri, sawan dalam perjalanan ke hospital

Pesakit tiba-tiba rebah ketika sedang bersama dengan isterinya. Foto: Freepik.

SEORANG lelaki nyaris maut apabila aneurisma otaknya pecah ketika dia mengadakan hubungan intim dengan isterinya.

Mangsa yang berusia 42 tahun tiba-tiba tidak sedarkan sebelum muntah dan rebah bersebelahan isterinya.

Lelaki dari Surabaya, Jawa Timur di Indonesia itu turut mengalami sawan seluruh badan ketika dalam perjalanan ke hospital.

Doktor yang merawatnya turut berkongsi kisah tersebut menerusi jurnal perubatan, mendedahkan mangsa mengalami aneurisme iaitu bonjolan pada dinding saluran darah di otak.

Semasa hubungan seks, aneurisme pecah dan menyebabkan acute subdural hematoma (aSDH) — kecederaan otak teruk yang menyebabkan darah berkumpul di antara tengkorak dan permukaan otak.

Doktor tidak menjelaskan punca yang menyebabkan aneurismanya tiba-tiba pecah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajal dalam bilik hotel, lelaki 70 tahun maut ketika langgan pelacur

Tetapi senaman berat yang menyebabkan sesak nafas dan peningkatan kadar denyutan jantung sering menjadi pencetus.

Kajian telah menunjukkan bahawa dua pertiga daripada mereka yang mengalami aSDH akan selamat.

Tetapi separuh daripada mereka yang masih hidup mengalami kerosakan otak dan kecacatan yang teruk.

Keadaan ini biasanya disebabkan oleh kecederaan kepala.

Tetapi dalam lapan peratus kes, pesakit mengalami aSDH akibat pecah aneurisme, menurut doktor.

Menulis dalam Laporan Kes Radiologi, pakar perubatan di Hospital Besar Dr Soetomo berkata lelaki itu sebelum ini tidak mengalami sebarang sakit kepala dan tidak mempunyai sejarah trauma.

Dia juga tidak pernah mengambil ubat antikoagulan, antiplatelet atau disfungsi erektil, yang boleh meningkatkan risiko mengalami aneurisme.

Tarikh kejadian tidak didedahkan dalam laporan kes. - Daily Mail.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain