suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasrat bernikah tak kesampaian, mayat pensyarah ditemukan tergantung di bilik pangsapuri... Punca kematian cetus misteri

Mayat Catherine ditemukan dalam keadaan tergantung di sebuah pangsapuri lain berdekatan kediamannya. Foto: Serambinews

SEORANG pensyarah wanita dari sebuah universiti di Bandung, Indonesia, ditemukan mati tergantung di sebuah bilik di pangsapuri berdekatan kediamannya.

Kematian Catherin Rumambo Mogot Pandin, 30, pensyarah tetap Universiti Informatika dan Perniagaan Indonesia (Unibi) Bandung mencetuskan misteri, di mana puncanya meninggal dunia masih menjadi teka teki sama ada ia angkara jenayah atau membunuh diri.

Apa yang menyedihkan, pensyarah yang berasal dari Toraja, Sulawesi Selatan itu difahamkan bakal mendirikan rumah tangga pada Mei ini.

Malah, semua persiapan untuk meraikan hari bahagianya sudahpun hampir siap dilaksanakan.

Sebelum mayatnya ditemui pada 27 Mac, Catherin yang menetap di Pangsapuri Gateway, dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 21 Mac.

Pensyarah itu kali terakhir dilihat memakai baju biru keunguan, seluar hitam, berselipar, dan berkaca mata.

Dia hanya membawa dompet dan telefon bimbit di dalam beg tote.

Misi pencarian oleh pihak berkuasa berjaya menemukan mayat Catherin dalam keadaan tergantung di bilik sebuah pangsapuri lain yang terletak tidak jauh dari pangsapurinya.

"Saya berharap penyiasat segera membongkar punca kematian, sama ada membunuh diri atau dibunuh. Kerana ini penting untuk mengetahui latar belakang semua ini," kata Ketua Persatuan Keluarga Toraja, Drs Frederik Kalalembang.

Sementara itu, Universiti Informatik dan Perniagaan Indonesia (Unibi) mengesahkan Chaterine Rumambo Mogot Pandin merupakan pensyarah di kampus tersebut.

Ketua Komunikasi Awam Unibi, Antonius Bimo Rentor, memaklumkan pihak kampus juga terkejut apabila menerima perkhabaran duka tersebut. - Aceh.Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain