suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seronok berjoli guna duit orang, raja kripto umur 24 tahun akhirnya terima padah... Merana diculik, diseksa

Pleterski diculik dan diseksa selama tiga hari.

SEORANG lelaki berusia 24 tahun diculik dan diseksa kerana didakwa melakukan penipuan mata wang kripto.

Mangsa, Adam Pleterski yang digelar sebagai raja kripto dituduh membelanjakan wang hasil penipuan untuk membayar jet peribadi, kereta dan percutian mewah.

Menurut dakwaan, dia hanya melabur dua peratus daripada £13 juta (RM70.41 juta) wang yang diserahkan oleh pelanggannya.

Tahun lalu, ayah Pleterski membuat pendedahan bahawa anaknya telah diculik dan diseksa.

"Mereka menahannya selama kira-kira tiga hari, membawanya ke beberapa bahagian di selatan Ontario, memukulnya dan menyeksanya," dedah bapa mangsa.

Pleterski kini melalui prosiding muflis selepas pihak berkuasa Kanada cuba mengesan wang pelanggan yang hilang selepas diserahkan kepadanya untuk tujuan pelaburan kripto. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain