suria

Dua wanita lompat keluar dari kereta elektrik sedang dipandu, takut meletup sebab terbau petrol

Selepas melompat keluar dari kereta, dua wanita ini berlari meninggalkan kenderaan. -SCMP Composite/Baidu

DUA wanita menjadi perhatian selepas melompat keluar dari sebuah kereta elektrik yang sedang bergerak di lebuh raya kerana terhidu bau petrol dan takut kenderaan itu akan meletup.

Star Video melaporkan, kejadian berlaku pada 22 Mac dan kedua-dua mereka dari wilayah Zhejiang di timur China.

Video tular kejadian memaparkan kereta berwarna hitam itu tiba-tiba bergerak perlahan manakala lampu kecemasan berkelip.

Kemudian pintu bahagian pemandu dan penumpang depan terbuka lantas dapat dilihat kedua-dua wanita itu melompat keluar dari kenderaan yang sedang bergerak.

Sebuah bas di belakang mereka terpaksa membelok keluar dari jalan tetapi meneruskan perjalanan.

Selepas melompat keluar, mereka terus berdiri sebelum dilihat melarikan diri dari kereta yang ditinggalkan.

Polis trafik tempatan bertindak pantas dan cuba menenangkan wanita itu berhampiran lokasi kejadian sambil cuba memahami apa yang berlaku.

bas

Sebuah bas terpaksa melencong keluar dari laluan. -Foto: Baidu

"Apabila kami terhidu bau petrol di dalam kereta, kami fikir ia akan meletup," mereka memberitahu polis.

Mereka juga tidak faham mengapa terdapat bau petrol pada kereta elektrik.

Mereka berdua menyangka mungkin berlaku kebocoran bahan api dan akan mencetuskan letupan justeru memutuskan untuk melompat keluar dari kereta.

Kedua-duanya kembali ke kereta tidak lama kemudian dan memandu meneruskan perjalanan.

(Foto)

Wanita-wanita itu melarikan diri dari kereta selepas melompat keluar dengan kepercayaan yang salah ia akan meletup. Foto: Baidu

Kisah ini telah mencetuskan perbincangan di media sosial.

"Ya tuhan, adakah sudah terlambat jika mereka berhentikan kereta dulu dan keluar?

"Bagaimana kereta itu boleh berhenti sendiri?

“Adakah ia satu gurauan? Lompatan itu nampak sangat menakutkan.

"Wanita ajaib," demikian antara komen netizen. -SCMP

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain