suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Permainan ‘funfair’ terhempas, 15 cedera... Paling kasihan penganjur lesap larikan diri

Insiden runtuhan permainan karusel berlaku di daerah Ajmer, Rajasthan di India.

KESERONOKAN bermain di funfair akhirnya bertukar tragedi apabila sekurang-kurangnya 15 orang cedera selepas permainan karusel tiba-tiba tidak berfungsi lalu terhempas.

Menerusi sebuah rakaman video yang dikongsikan di TikTok, permainan itu padanya kelihatan berfungsi seperti biasa ketika berada di udara sebelum terjatuh.

Kejadian berlaku di daerah Ajmer, Rajasthan di India.

Insiden itu turut mengakibatkan wanita dan kanak-kanak cedera.

Susulan daripada tragedi berkenaan, pihak polis bergegas ke tapak pesta itu setelah menerima laporan dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital.

Pihak polis sedang menyiasat punca kejadian,

Dalam pada itu, pihak penganjur dipercayai melarikan diri sejurus selepas permainan itu terjatuh. - INDIA TODAY

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain