suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangga tak pernah terlibat kemalangan jalan raya, 6 hari kemudian TikToker ini maut ketika pandu kereta

Kara maut dalam kemalangan jalan raya di Florida.

SEORANG remaja berusia 18 tahun maut dalam kemalangan kereta hanya beberapa hari selepas memberitahu pengikut TikTok bahawa dia tidak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Kara Santorelli terbunuh apabila sebuah Chevrolet dipandu ke arah bertentangan di lebuh raya Florida dan bertembung dengan kereta Nissan yang dipandunya, lapor Peronda Lebuhraya Florida.

Pemandu Chevrolet yang tidak didedahkan identitinya juga meninggal dunia selepas mereka terperangkap di dalam kenderaan masing-masing.

Enam hari sebelum kejadian itu, Kara menerusi TikTok memberitahu dia tidak pernah terlibat dalam mana-mana kemalangan jalan raya sepanjang hayatnya.

Video yang dikongsi Kara meraih perhatian ramai sehingga menerima lebih 15 juta tontonan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain