suria

Merayau tanpa pengawasan ibu bapa, budak 9 tahun maut selepas kepala tersepit pintu lif selama 30 minit

Mangsa ditemukan meninggal dunia oleh ibu bapanya pada 24 Mac.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas kepalanya tersepit selama 30 minit di antara pintu lif di sebuah bangunan kediaman empat tingkat di Vikaspuri, barat Delhi, India.

Pegawai yang menyedari kejadian itu memberitahu media bahawa kejadian berlaku pada 24 Mac.

Mangsa dikenali sebagai Ashish tinggal bersama keluarganya di kawasan Sitapuri, dan ibu bapanya bekerja sebagai tukang cuci.

Timbalan pesuruhjaya polis Ghanshyam Bansal berkata, penilaian menunjukkan bahawa lif itu mungkin tidak berfungsi dengan baik kerana masalah teknikal.

Dia percaya lif itu mungkin mula bergerak ke atas semasa budak itu memasukinya, sekali gus menyebabkan kepalanya tersepit.- India Times.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain