suria

Ajal dalam bilik hotel, lelaki 70 tahun maut ketika langgan pelacur

Seorang warga emas maut kerana serangan jantung. - Gambar hiasan

SEORANG lelaki warga emas meninggal dunia kerana serangan sakit jantung.

Kejadian berlaku selepas lelaki tersebut melanggan seorang pekerja seks wanita di Thailand.

Memetik laporan Thaiger, mayat lelaki berusia 70 tahun itu ditemui di bilik hotel dalam berbogel dengan hanya sehelai tuala yang dililit pada pergelangan tangannya.

Menurut sumber, pada awalnya, mangsa yang dikenali sebagai Chang telah menempah bilik hotel untuk tempoh tiga jam.

Difahamkan, kedua-dua mereka berada di dalam bilik itu sekitar dua jam sebelum wanita terbabit kemudian keluar dari bilik hotel dan menunggang motosikalnya.

Pihak hotel kemudian cuba menghubungi Chang, namun tiada respons.

Sekitar pukul 10 malam, mereka nekad memecah masuk bilik hotel yang ditempah Chang.

Mereka terkejut apabila melihat warga emas itu sudah tidak bernyawa.

Susulan itu, pekerja hotel membuat laporan polis dan hasil siasatan mendapati, Chang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Hasil pemeriksaan mendapati, tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa dan polis menemui beg mangsa mengandungi beberapa buku dan wang tunai berjumlah kira-kira 1,000 baht (RM131).

Motosikal milik mangsa juga masih diparkir di hadapan hotel tersebut.

Susulan kejadian, pekerja seks berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain