suria

Hasrat beli makanan terbantut, gadis OKU jadi mangsa cabul dalam tandas masjid

Perbuatan mencabul ini adalah satu kesalah yang tidak boleh dimaafkan. - Gambar hiasan.

SEORANG wanita menjadi mangsa cabul seorang lelaki dalam kejadian yang berlaku di sebuah tandas masjid.

Polis menahan seorang lelaki yang didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap seorang gadis kurang upaya berusia 21 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Cikarang Utara, Kompol Samsono, kejadian berlaku di tandas sebuah masjid di Bekasi, dekat Jakarta, Indonesia.

"Kejadian yang menimpa wanita itu berlaku ketika dia sedang berjalan untuk membeli makanan.

"Tiba-tiba mangsa telah dipanggil oleh suspek yang berada di dalam tandas masjid tersebut.

"Mangsa kemudian menghampiri suspek ke tandas masjid sebelum dia dicabul," katanya.

Perbuatan itu disedari jawatankuasa masjid yang kemudian bertindak pantas dengan menangkap suspek.

Memetik laporan Kompas, wanita tersebut ditemani ibu bapanya ke balai polis, manakala suspek berusia 27 tahun itu juga segera dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati suspek mengaku telah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa, sebanyak dua kali.

Sebagai peringatan, perbuatan ini salah dari segi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain