suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri beli kucing tanpa izin... suami mengamuk tetak pakai parang, cedera sampai putus jari

Suami sudah berulang kali melarang isterinya untuk tidak melakukan jual beli kucing.

SEORANG wanita ditetak dengan kejam oleh suaminya gara-gara membeli seekor kucing tanpa izinnya.

Lelaki itu menetak isteri dengan sebilah parang sebanyak 16 kali mengakibatkan mangsa mengalami kesan luka di kepala, punggung dan tangan.

Difahamkan, kejadian berlaku di Baayah, Indonesia.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lebak, Iptu Andi Kurniady, suspek berusia 55 tahun itu mendapati isterinya membuat satu transaksi membabitkan seekor kucing.

Sebelum ini, suami sudah berulang kali melarang isterinya untuk tidak melakukan jual beli kucing.

Namun, mangsa tetap berkeras dan memarahi suaminya sehingga mencetuskan pergaduhan.

Apabila keadaan menjadi lebih parah, mangsa berusia 37 tahun itu kemudiannya lari menyelamatkan diri ke kawasan kejiranan.

Dikatakan, ibu jari serta jari telunjuk mangsa turut putus dalam kejadian terbabit.

Wanita berkenaan berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat dan dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Walau bagaimanapun, suspek melarikan diri namun berjaya ditangkap dan dibawa ke balai polis berdekatan. - KOMPAS

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain