suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Label wanita ambil cuti bersalin pemalas, ibu ‘hot’ ini kembali bekerja selepas lahirkan anak

Jaelyn kembali bekerja selepas bersalin. foto Facebook

SEORANG ibu menyelar wanita yang mengambil cuti bersalin, dan pandangannya turut mendapat banyak sokongan.

Jaelyn Cox kembali bekerja beberapa hari selepas melahirkan anak keduanya ,pada bulan lalu.

Ibu berusia 29 tahun itu menyifatkan wanita yang mengambil cuti bersalin sebagai pemalas.

Mesejnya kepada mereka yang baru bergelar ibu, tular dalam talian dan ramai yang menganggapnya kontroversi.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi kelihatan cantik, wanita sanggup ketepikan rasa sakit selepas bersalin 'czer'

Terdapat golongn ibu menggelarkannya sebagai 'berani' dan 'memberi inspirasi', manakala yang lain turut berkongsi pengalaman mereka sendiri kembali bekerja selepas melahirkan anak.

Walaupun menerima banyak sokongan, dengan kebanyakan wanita berkata, mereka berada di rumah sudah bersama anak-anak kerana ia merupakan 'tugas yang sukar'.

"Menjadi ibu adalah satu kerja. Ibu kembali bekerja (menjaga anak) serta-merta tanpa gaji.

"Bagaimanakah ini berbeza selagi bayi dijaga?" demikian antara komen-komen ibu.

Malah, dia mula memasuki gim pada minggu kedua selepas bersalin.

"Duduk di rumah dan membiarkan diri 'menjadi ibu' mengambil alih hidup anda hanya akan membuat anda tertekan," katanya.

Sebagai peringatan, pandangannya sebagai ibu mungkin sesuatu yang dilarang dan memudaratkan, maka kita perlu menjauhinya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain