suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makin kacak selepas kurus... Lelaki ini berjaya turunkan 10 kilogram sebulan, rahsianya hanya makan epal dan labu

Meirza berjaya kurus dengan mengamalkan diet epal dan labu.

TRANSFORMASI fizikal lelaki kelahiran Jakarta, Indonesia ini wajar menjadi inspirasi buat golongan obesiti.

Meirza Hartoto, 41, berkata, berat badannya pernah mencecah 100 kilogram (kg) sehingga dia terdetik untuk menjalani diet demi kehidupan yang lebih sihat.

"Dulu saya masuk kelas renang. Habis kelas terus makan, nafsu makan jadi bertambah. Ketika umur 21 tahun, berat saya mencecah 100 kg," imbasnya.

Menurut Meirza, tubuhnya yang membesar menyebabkan dia mengalami kesan sampingan seperti mudah letih, mengantuk, malah dirinya turut menjadi mangsa buli.

"Saiz seluar sampai saiz 38. Saya kata, adakah kena jahit seluar pula? Akhirnya saya buat keputusan untuk turunkan berat badan," ujarnya.

Meirza menurunkan berat badan secara 'segera' dengan hanya memakan epal dan labu siam sebagai diet hariannya.

Dalam masa sebulan, dia berjaya mengurangkan berat badan sehingga 10 kg.

"Empat hari dalam seminggu, saya hanya makan epal dan labu siam. Jadi memang tak sihat tapi cepat turun," kata Meirza.

Dia mengakui berpuas hati dengan hasil akhir iaitu 64 kg pada waktu itu.

Kini, Meirza yang bekerja sebagai pekerja swasta mempunyai berat 77 kg.

"Ia naik sedikit. Tetapi saya masih dalam proses kerana menurunkannya tidak semudah dahulu," kata Meirza. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain