suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki gay saman kerajaan kerana dihalang derma sperma

Lelaki itu mengemukakan saman agar peraturan berkenaan dibatalkan. (Gambar Hiasan)

SEORANG lelaki Kanada meluahkan rasa kecewa apabila dia tidak dibenarkan untuk menderma air mani.

Menurut lelaki yang enggan mendedahkan identitinya itu, dia dihalang berbuat demikian selepas mengaku sebagai gay secara terbuka.

Mengikut peraturan kesihatan persekutuan Kanada, seksualitinya menyebabkan dia tidak lagi layak untuk menderma sperma.

Lelaki dari Toronto itu bertindak menyaman kerajaan Kanada dalam usaha membatalkan peraturan tersebut yang dianggap sebagai satu amalan diskriminasi ke atas golongan gay.

"Rasanya seperti anda seorang warganegara kelas kedua. Terdapat kemudaratan emosi bahawa anda bukan orang yang boleh diterima.

"Pendermaan sperma memberi anda potensi untuk mencipta kehidupan, untuk mempunyai hubungan dengan penerima," ujar lelaki itu.

Peraturan yang melarang lelaki gay daripada menderma darah dan tisu, termasuk sperma, secara beransur-ansur digubal oleh Kanada dan banyak negara lain, termasuk Amerika Syarikat.

Ia digubal berikutan krisis AIDS ketika munculnya kebimbangan awam tentang kemungkinan berlaku penyebaran HIV secara tidak sengaja.

Di Kanada, larangan berkenaan dilihat memburukkan lagi krisis sperma negara itu yang berpunca daripada undang-undang persekutuan berkenaan.

Akibatnya, kebanyakan derma sperma di Kanada diimport dari Amerika Syarikat. - Los Angeles Blade.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain