suria

Takdir hilang dua kaki, bapa jadi wira selamatkan anak dari digilis jentera salji

Dave hilang kedua kakinya ketika cuba menyelamatkan dua anak perempuan dalam satu tragedi. foto Newsflash

SEORANG bapa kehilangan kedua-dua belah kakinya selepas menyelamatkan dua anak perempuannya daripada digilis pembajak salji.

Ketika kejadian, Dave Miln dan dua anak perempuannya dalam perjalanan ke pusat tuisyen di pusat peranginan Mammoth Mountain di California, Amerika Syarikat.

Dalam insiden tersebut, Dave melihat kenderaan itu menuju ke arah Isla yang berusia tiga tahun dan Anna berumur setahun, sebelum cuba menghalangnya.

Pesara Angkatan Pertahanan Australia itu mengalami kecederaan parah iaitu kehilangan kaki kiri pada bahagian atas lutut dan kaki kanannya pada bahagian atas buku lali.

Kedua-dua tulang paha dan pelvisnya juga patah, serta beberapa vertebra bawah serta vertebra sakral dan tiga rusuknya turut mengalami kecederaan yang serius.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hilang kaki dan tangan selepas digilis kereta api, bersyukur kini ada anggota badan palsu

Sementara itu, Isla patah kedua-dua kakinya dan dijangka pulih sepenuhnya, manakala Anna terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Keluarga itu, Dave dan isteri iaitu Clare serta anak-anaknya yang sebelum ini menetao di San Diego, pulang ke Australia.

Menurut halaman GoFundMe bagi membantu mengumpul dana buat Dave, dia perlu menjalani 10 pembedahan dalam masa tiga minggu dan dijangka beberapa pembedahan lain pada masa akan datang.

"Dave telah dipindahkan secara perubatan ke Sydney tetapi masih dimasukkan ke hospital.

"Clare, Isla dan Anna kini kembali ke Sydney di mana Isla menghadiri janji temu perubatan beberapa kali seminggu. Mereka akan memulakan proses pemulihan yang panjang dari segi fizikal dan mental."

"Pasa masa ini Clare dan Dave menunjukkan kekuatan dan daya tahan yang sangat tinggi," katanya.

Kutipan tabung bantuan Dave setakat ini tmencecah 60,000 pound (RM315,392). - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain