suria

Wanita pengsan, kekasih meraung tahan sakit ketika disebat 100 kali atas kesalahan berzina

Seorang wanita rebah sebelum pengsan ketika menjalani hukuman sebat. foto Serambi Indonesia

SEORANG wanita yang disabitkan kesalahan berzina rebah sebelum pengsan ketika menjalani hukuman sebatan terakhir atau sebatan ke-100 di punggungnya.

Kejadian berlaku di Aceh Barat di Indonesia pada Selasa.

Wanita berusia 37 tahun itu dan pasangannya, 40, dijatuhi hukuman sebat oleh pihak berkuasa Aceh Barat (Kejari).

Dia yang rebah di akhir hukuman sebat itu segera dibawa oleh pegawai perubatan ke ambulans, untuk menerima rawatan.

Wanita itu kemudian sedar selepas beberapa minit mendapatkan rawatan di lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan kekasih didakwa berzina... Diikat pada tiang, terima 20 sebatan sambil ditonton orang awam

Sementara itu, teman lelakinya turut dilihat meraung menahan kesakitan beberapa kali ketika disebat di bahagian punggung.

Bercakap kepada pemberita pada Selasa, pegawai perundangan Aceh Barat, Darma Mustika berkata. kedua-dua tertuduh menjalani hukuman sebatan masing-masing sebanyak 100 kali.

Berkaitan dengan perkara itu, pihaknya komited untuk terus melaksanakan hukuman sebat terhadap tertuduh yang didapati bersalah berdasarkan keputusan Mahkamah Keadilan Syariah.

Pihaknya juga meminta Kerajaan Aceh Barat untuk menyokong sepenuhnya pelaksanaan sebatan ke atas pelanggaran syariah sebagai menguatkuasakan undang-undang Islam di kawasan itu.

Perbuatan berzina adalah salah dari segi undang-undang atau / haram dalam Islam, dan semua pihak perlu menjauhinya.. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain