suria

Kejam! Lelaki bakar rumah mentua, langgar bekas isteri dengan kereta

Pablo didakwa kerana jenayah keganasan dan melakukan pembakaran haram.

SEORANG lelaki didakwa membakar rumah bekas mentuanya sebelum melanggar bekas isterinya dengan kereta.

Pablo Patino-Bustos pergi ke rumah mentuanya di Texas iaitu lokasi di mana bekas isterinya tinggal ketika kejadian.

Menurut pihak berkuasa, Pablo membakar rumah itu kira-kira pukul 3.30 pagi dalam usaha untuk mengumpan bekas isterinya keluar.

Dia kemudian menunggu di dalam kenderaannya untuk bersedia melanggar mangsa ketika melarikan diri daripada kebakaran.

Saluran berita Fox News melaporkan bahawa adik lelaki mangsa, Logan Saldana, 23, mendengar kakaknya menjerit ketika dia memadamkan kebakaran.

Selepas kejadian, suspek melarikan diri selama dua hari sebelum isteri baharunya melaporkan keberadaan suspek kepada pihak polis.

Dia kemudian berjaya ditahan dan ditempatkan di Penjara Daerah Harris.

Pablo didakwa kerana jenayah keganasan dan melakukan pembakaran haram, demikian menurut polis.

Mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin sebanyak $4,500,000 (RM19.28 juta). - Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain