suria

Lelaki dirompak burung camar selepas membeli-belah, hanya mampu lihat barang diterbangkan ke langit

Burung camar sangat menggemari makanan dari pengunjung pusat membeli-belah.

SEORANG lelaki yang baru selesai membeli-belah di Tesco menjadi mangsa rompakan terbaru burung camar di tempat letak kereta.

Kejadian rompakan burung camar itu adalah yang keempat berlaku dalam minggu yang sama dan mereka dikatakan semakin berani selepas setiap kali melakukan rompakan.

"Burung camar itu akan duduk bertenggek di atas bumbung pasar raya dan tiang lampu berdekatan sambil menunggu pengunjung yang tidak berwaspada untuk meletakkan barangan mereka di atas kereta.

"Semasa memasukkan barangan dalam kereta, burung camar itu akan menyerang dan merampas barangan itu," kata mangsa yang senang disapa sebagai Evans.

Dia berkata dia dalam perjalanan ke Rhyl, Britain untuk bekerja dan singgah ke kedai untuk mendapatkan pembersih tangan dan gula-gula.

"Saya tidak pernah menjangka akan dirompak pada siang hari. Tetapi saya sepatutnya lebih berhati-hati. Ia pernah berlaku ke atas saya sebelum ini.

"Burung camar itu terbang ke bawah dan merampas bungkusan gula-gula milik saya betul-betul di hadapan mata saya, dia kemudiannya dengan tanpa malunya terbang ke seberang jalan untuk menikmati hasil tangkapan," katanya.

Evans berkata dia berjaya bergelut dan mengambil semula seketul gula-gula dari paruh burung camar itu sebelum haiwan itu beredar pergi dengan habuannya.

Evans tekad untuk mengambil semula barangannya kerana beberapa minggu sebelum itu dia sudah pernah menjadi mangsa rompakan burung camar.

"Saya sepatutnya lebih berhati-hati. Perkara yang sama berlaku beberapa minggu sebelumnya. Masa itu burung camar cuba mengambil dompet saya tetapi syukur dompet itu terlepas dari paruhnya pada saat akhir," katanya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain