suria

Pasangan kekasih didakwa berzina... Diikat pada tiang, terima 20 sebatan sambil ditonton orang awam

Pasangan tersebut turut diarak sebelum mereka dikenakan hukuman.

SEORANG lelaki dan wanita diikat pada tiang dan disebat sebanyak 20 kali selepas video seks mereka tersebar di media sosial.

Menurut laporan, penduduk kawasan Wa, Ghana, mengambil tindakan sendiri dengan mengikat pasangan kekasih itu di tengah-tengah kawasan bandar untuk menjalankan hukuman, sambil disaksikan orang awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengaku berzina, wanita berstatus isteri orang disebat 100 kali

Menurut penduduk, pasangan tersebut wajar dihukum kerana video seks yang tersebar telah mencalarkan imej masyarakat di sana.

Malah, pasangan tersebut turut diarak sebelum mereka dikenakan hukuman.

Foto memaparkan pasangan kekasih yang diikat secara berasingan itu turut tersebar.

Dalam pada itu, kejadian yang didakwa berlaku pada Selasa lalu turut menerima kritikan Persatuan Peguam Ghana (GBA).

Menurut persatuan itu, tindakan penduduk kawasan berkenaan dianggap kejam dan mundur.

"Sebatan ke atas orang muda adalah kuno, mundur, biadab dan keji, dan GBA mengutuk keras tindakan ini," ujar wakil GBA.

Sehubungan itu, GBA menyeru agensi keselamatan yang berkaitan untuk menangkap semua yang terlibat dalam penderaan fizikal pasangan tersebut.

Malah, GBA juga mahu kes tersebut disiasat segera dan memastikan pelakunya didakwa mengikut undang-undang. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain