suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gambar tak senonoh tersebar melalui WhatsApp, peserta Masterchef Itali mohon bantuan polis

Dia sebelum ini dikenali ramai selepas berjaya mara ke pusingan keenam Masterchef Itali sebelum tersingkir.

SEORANG cef wanita memohon bantuan pihak berkuasa selepas foto lucahnya disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut Mery Liviero, 26, dia sebelum ini ada berkongsi gambar berkenaan melalui platform OnlyFans demi mencari wang untuk membiayai saluran YouTube miliknya.

Namun katanya, dia tidak sangka gambar tersebut akan disebarkan secara terbuka, sekaligus menyebabkan namanya menjadi sebutan di seluruh Itali.

"Mereka yang melakukan tindakan ini akan mendapat balasannya, dan mereka selayaknya kena.

"Saya nak kamu faham bahawa saya tak bergurau kalau ada orang melampaui batas. Perbuatan mencuri gambar adalah jenayah berat.

"Bahan yang dikongsi dan diterbitkan di profil saya tidak boleh dikongsi atau dijual. Sebarang pendedahan bahan dan kandungan milik saya akan didakwa di mahkamah," ujarnya.

Untuk rekod, Mery sebelum ini dikenali ramai selepas berjaya mara ke pusingan keenam Masterchef Itali sebelum tersingkir. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain