suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja seks Thailand dibunuh, mayat disumbat dalam bagasi bersama bangkai anjing... pembunuh berjaya ditangkap selepas 3 tahun!

Mayat Manochat (gambar kecil) ditemui seminggu selepas kehilangannya di kawasan sungai di Kanchanaburi.

SEORANG lelaki warga Britain yang dituduh membunuh seorang pekerja seks di Thailand dan melarikan diri ke Ibiza, dijatuhi hukuman lapan tahun di penjara Bangkok.

Shane Looker, 51, didapati bersalah atas tuduhan membunuh Laxami 'Pook' Manochat dengan kejam.

Mayat wanita tersebut yang dikerat kepada beberapa bahagian ditemui disumbat dalam beg pakaian bersama bangkai seekor anjing pada 2014.

Beg pakaian tersebut diikat dengan batu dan dibuang ke dalam Sungai Mae Klong di Thailand.

Mayat Manochat ditemui seminggu selepas kehilangannya di kawasan sungai di Kanchanaburi.

shane

Looker melarikan diri dari Thailand, sebelum akhirnya ditangkap di Ibiza pada 2017.

Looker diburu pihak berkuasa selepas dia dikenal pasti dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjalan sambil berpegangan tangan dengan Manochat sebelum kematian wanita tersebut.

Lelaki itu kemudian melarikan diri dari Thailand, sebelum akhirnya ditangkap di Ibiza pada 2017.

Looker, 51, pada mulanya menafikan melakukan pembunuhan itu dan pasukan peguamnya berhempas pulas memperjuangkan ekstradisi, tetapi Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah di Strasbourg memutuskan bahawa dia harus diadili di Thailand.

Looker akhirnya dijatuhi hukuman penjara lapan tahun, minggu ini.

Dia turut diarahkan membayar pampasan kira-kira £2.8 juta (RM15.4 juta) kepada keluarga wanita malang tersebut.

Motif pembunuhan atau butiran tepat mengenai jenayah kejam yang dilakukannya terhadap ibu kepada seorang cahaya mata itu tidak didedahkan kepada umum. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain