suria

Lelaki raih pujian netizen, sedaya upaya beri bantuan pernafasan demi selamatkan nyawa anjing

Tindakan seorang lelaki yang gigih melakukan bantuan pernafasan akhirnya menyelamatkan nyawa anjing tersebut.

KITA bukan sahaja dituntut untuk berbuat baik sesama manusia, malah terhadap makhluk yang lain.

Tular di media sosial video yang memaparkan seorang lelaki berjaya menyelamatkan nyawa seekor anjing selepas memberikan haiwan itu bantuan pernafasan (CPR).

Menerusi video tersebut, seekor anjing kelihatan rebah di atas jalan raya dan tidak bergerak.

Seorang lelaki kemudian menghampiri haiwan tersebut dan mula melakukan tekanan di dada untuk membantu memulihkannya.

Lelaki itu terus mengulangi perkara yang sama untuk beberapa ketika. Tidak lama kemudian, anjing tersebut mula bergerak-gerak dan berdiri.

Video yang menyentuh hati itu dikongsi oleh seorang pengguna media sosial di Twitter dengan kapsyen "Kadang-kadang keajaiban adalah orang baik yang baik hati."

Video itu telah menjadi tular dengan rata-rata warganet meluahkan rasa sebak, selain berterima kasih kepada lelaki tersebut kerana membantu menyelamatkan anjing berkenaan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain