suria

Lapan tahun tertipu! Isteri terkejut ‘lelaki’ dikahwininya merupakan seorang wanita, ‘operate’ tukar jantina

Wanita tersebut mendakwa 'suaminya' atas tuduhan melakukan seks luar tabii dan menipu. Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 40 tahun dari Vadodara di Gujarat, India terkejut apabila mendapat tahu bahawa orang yang dinikahinya selama 8 tahun, sebenarnya adalah seorang wanita.

Difahamkan, wanita itu berkata 'suaminya' menjalani pembedahan menukar jantina sebelum berkahwin untuk menjadi lelaki.

Dalam laporan maklumat pertama yang difailkan di balai polis Gotri, wanita bernama Sheetal menuduh 'suaminya', Viraj Vardhan (Vijayta) melakukan 'seks luar tabii' dan menipu.

Menurut laporan, pengadu (Sheetal) berkata dia bertemu Viraj, seorang warga Delhi, melalui laman web perkahwinan sembilan tahun lalu iaitu pada 2013.

Mereka berkahwin secara rasmi pada 2014 dengan kehadiran ahli keluarga malah pergi ke Kashmir untuk berbulan madu.

Bagaimanapun, 'lelaki' itu tidak melakukan hubungan intim bersamanya dan terus memberi alasan selama beberapa hari.

"Apabila didesak, dia mendakwa kemalangan yang dialaminya semasa berada di Rusia beberapa tahun lalu menyebabkan dia tidak mampu melakukan hubungan seks," kata polis seperti dilaporkan media tempatan.

Viraj kemudian memberi jaminan kepada Sheetal bahawa dia akan pulih sepenuhnya selepas pembedahan kecil.

Pada Januari 2020, Viraj memberitahunya bahawa dia ingin menjalani pembedahan untuk mengurangkan berat badannya dan pergi ke Kolkata untuk prosedur tersebut.

Bagaimanapun, dia kemudian mendedahkan perkara sebenar dan mengaku melakukan pembedahan menukar jantina untuk 'menanam' organ lelaki.

Malah dia mengaku kepada polis bahawa dia mula melakukan 'seks luar tabii' dengan isterinya dan mengancam wanita tersebut jika berani membuka mulut. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan