suria

Sampai bila Raja Charles III akan pegang takhta? Rupanya Baba Vanga dah siap buat ramalan!

Baba Vanga turut membuat ramalan mengenai tempoh pemerintahan Raja Charles III.

TUKANG tilik buta yang terkenal dengan beberapa ramalan tepatnya, meramalkan Raja Charles III akan memegang takhta 'sehingga bila-bila', jika hidup melangkaui usia 97 tahun.

Ramal tukang tilik yang diberi jolokan 'Nostradamus of the Balkan' itu, 'jika Raja Charles boleh terus hidup sehingga berumur 97 tahun, tiada had yang jelas bila masanya di atas takhta boleh berakhir'.

Raja Charles III ketika ini berumur 73 tahun, oleh itu beliau perlu hidup selama 24 tahun lagi sehingga 2046, di mana pada ketika itu beliau akan berusia 97 tahun.

Ibu Raja Charles III, Ratu Elizabeth II, hidup sehingga usia 96 tahun dan menjadi pemerintah paling lama di Britain iaitu selama 70 tahun, sebelum mangkat pada 8 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramalan tarikh kemangkatan Ratu Elizabeth II tepat! Pengguna Twitter jangka Raja Charles III mati pada 2026

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh ramalan Baba Vanga tahun 2019, Trump diramal pekak, tsunami besar di Asia

Sebelum ini seorang pengguna Twitter meramalkan Raja Charles III akan mangkat pada 2026.

Baba Vanga sebelum ini membuat beberapa dakwaan psikik yang besar, dengan ada yang mengatakan ramalannya setakat ini mempunyai kadar ketepatan 80 peratus hingga 85 peratus.

Antara ramalan tepat Baba Vanga adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 merupakan bangsa Afrika Amerika, kebangkitan ISIS dan tragedi 11 September.

Selain itu, wanita berkenaan meramalkan menjelang tahun 2046, manusia akan dapat hidup dengan selesa melebihi umur 100 tahun. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain