suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Hero' 16 bulan derma organ, bantu selamatkan dua pesakit kanak-kanak

Kanak-kanak lima tahun yang menerima buah pinggang daripada bayi 16 bulan.

MESKIPUN tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan parah di kepala, kanak-kanak berusia 16 bulan menjadi 'hero' apabila dapat membantu dua pesakit kronik menjalani kehidupan seperti biasa.

Ia susulan pemindahan organ buah pinggang dan hatinya kepada dua kanak-kanak terlibat berjaya dilakukan.

Menurut doktor AIIMS, kanak-kanak tersebut dibawa ke hospital dengan keadaan cedera parah di kepala pada 17 Ogos lalu dan disahkan kematian otak pada 25 Ogos.

Ekoran kecederaan serius dan tidak dapat diselamatkan itu, ibu bapa mangsa membuat keputusan untuk mendermakan organnya kepada kanak-kanak lain.

Perkara itu dimaklumkan Dr Manjunath Pol yang bertindak sebagai doktor bedah bagi pemindahan organ antara kedua-dua pesakit.

"Pembedahan pemindahan organ dilakukan pada hari sama yang mana buah pinggangnya diberikan kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang telah menjalani dialisis.

"Walaupun ia bukanlah perkara baharu dalam kalangan orang dewasa, namun pemindahan organ membabitkan kanak-kanak amat jarang berlaku.

"Tambahan pula ia melibatkan salur darah yang kecil dan halus... perlu penelitian dalam proses pembedahan," katanya.

Malah Dr Manjunath mengakui dia turut berhadapan kesukaran untuk mendapatkan peralatan pembedahan yang kecil dan sesuai dengan saiz pesakit.

Selain itu, antara cabaran lain yang dihadapi adalah mengawal kadar kehilangan darah dalam badan pesakit. - New India Express

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain