suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita didakwa bunuh anak saudara ketika 'bersolek'

Bayi maut selepas dibiarkan di dalam bilik air.

AKIBAT terlampau leka bersolek, seorang wanita didakwa membunuh anak saudaranya selepas bayi terbabit didapati lemas di bilik air.

Kayleigh Kerr didakwa dengan kesalahan membunuh Logan Cruickshanks di sebuah rumah di Easterhouse, Glasgow pada Ogos 2018.

Pendakwa raya mendakwa Kerr melulu meletakkan kanak-kanak berusia 10 bulan itu di tempat duduk mandi bayi sebelum menambah 'jumlah berlebihan' air yang melanggar panduan keselamatan.

Suspek berusia 25 tahun itu juga didakwa berulang kali meninggalkan Logan tanpa pengawasan dan kawalan.

Mahkamah Tinggi di Glasgow mendengar bahawa Logan lemas dalam bilik air.

Kerr menghadapi pertuduhan alternatif di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda kerana dengan sengaja mengabaikan Logan pada hari kejadian.

Ibu Kerr, Agnes Kerr, 49, memberitahu juri dalam keterangannya bahawa mereka tinggal bersama Logan.

Agnes menyatakan dia sedang tidur pada pagi kematiannya apabila Kerr tiba-tiba menjerit sehingga membangunkannya.

Katanya, dia tidak mengetahui punca jeritan pada awalnya dan hanya menyedari selepas teringat kata-kata Kerr yang meninggalkan Logan di dalam bilik air selama dua saat. - Mirror.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

bersolek, bayi maut, bayi lemas,

Artikel Lain