suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah lambai 'alat sulit' kepada rakan sekerja... Guru dipecat, lesen mengajar ditarik

Turkington didapati berkelakuan tidak wajar terhadap rakan sekerjanya.

SEORANG guru dipecat serta merta selepas membuat gurauan lucah terhadap rakan sekerjanya di Sekolah Menengah Komuniti Newbattle di Dalkeith, Scotland.

Derek Turkington didakwa mengeluarkan jari menerusi zip seluar sebelum menggoyangkannya bagi meniru alat kelamin lelaki.

Malah dia turut menyatakan telah membawa sekotak kemaluan palsu dari kelas pendidikan seks dan melemparkannya ke sekeliling ketika mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sekerja.

Ekoran itu, Majlis Pengajaran Umum Scotland (GTCS) menyifatkan beliau tidak layak untuk mengajar pada hari Selasa berikutan insiden yang berlaku antara Ogos 2017 dan 2018.

GTCS mengeluarkan Turkington daripada pendaftarannya selepas pendengaran kelakuan dilakukan selama empat hari.

"Ia adalah keperluan undang-undang untuk semua guru yang bekerja di sekolah Scotland untuk berdaftar dengan GTSC, dan Turkington dilarang daripada memohon semula selama dua tahun," katanya.

Sementara itu, pengacara panel Arthur Stewart berkata, Turkington tidak layak untuk mengajar dan panel mesti mengarahkan namanya dikeluarkan daripada daftar mengajar.

Tegas Stewart, ia susulah dia berkelakuan dalam 'cara yang tidak wajar terhadap anggota kakitangan lain seperti yang dia lakukan'. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain