suria

Ngeri! Disangka tertanggal ketika tidur, lelaki terkejut subang hidung hilang 5 tahun lalu rupanya dalam paru-paru!

Joey menunjukkan subang hidung yang berjaya dikeluarkan daripada paru-parunya. - Foto: Kennedy News

SEORANG lelaki yang pada mulanya menyangka subang hidungnya hilang akibat tertanggal ketika sedang tidur, terkejut apabila mendapati barang kemas itu berada di dalam paru-parunya selama lima tahun!

Joey Lykins, 35, dari Ohio, Amerika Syarikat (AS) berkongsi pengalaman 'ngeri' yang tidak dapat dilupakannya kepada agensi berita Kennedy News.

Mengimbas kembali apa yang berlaku lima tahun lalu, Joey yang mempunyai 12 tindikan itu berkata, dia tersedar subang hidungnya hilang selepas bangun tidur.

"Saya tersedar dan tindikan saya hilang selain tidak menemuinya di mana-mana. Saya fikir mungkin tertelan," katanya.

Joey kemudian menggantikan perhiasan lain pada hidungnya.

Dia akhirnya terlupa mengenai kejadian itu sehinggalah beberapa minggu lalu apabila mengalami batuk yang kuat setiap kali tersedar daripada tidur.

"Saya agak risau jadi saya pergi ke hospital. Saya fikir mungkin saya mengalami radang paru-paru.

"Rasa seperti ada sesuatu di dalam dada semasa saya batuk tetapi saya hanya fikir saya sakit," katanya.

Alangkah terkejutnya lelaki itu apabila doktor menunjukkan keputusan ujian X-ray, di mana kelihatan satu objek menyerupai subang hidungnya yang hilang lima tahun lalu!

Doktor menjalankan bronkoskopi dengan menyalurkan tiub nipis ke dalam paru-parunya untuk mengeluarkan subang itu.

"Saya akan simpannya sebagai cenderamata. Saya tidak akan memakainya lagi!," kata Joey. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain