suria

Padah prank melampau, lelaki dikejarkan ke hospital gara-gara rakan masukkan cawan dalam dubur ketika mabuk

Imbasan X-ray menunjukkan cawan dalam dubur pesakit. foto Newslions/ SWNS

SEORANG lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital gara-gara satu gurauan mabuk.

Doktor terpaksa mengeluarkan cawan keluli dari dubur seorang lelaki selepas rakannya meletakkannya ketika mabuk.

Dalam kejadian di India, lelaki berusia 45 tahun dari Balipadar keluar minum bersama rakan-rakannya di Surat, Gujerat.

Rakan-rakannya kemudian memasukkan objek itu ke dalam duburnya ketika mangsa dalam keadaan mabuk.

Keadaan itu menyebabkan lelaki berkenaan terpaksa mendapatkan bantuan daripada doktor di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Takut beritahu isteri, lelaki tanggung derita botol air tersumbat dalam dubur 3 hari

Imbasan X-ray yang dilakukan di Kolej Perubatan dan Hospital MKCG di bandar Berhampur mendapati cawan itu tersangkut di dalam usus.

Doktor cuba mengambil semula cawan tersebut melalui rektum tetapi percubaan mereka tidak berjaya.

Pembedahan dilakukan melibatkan pemotongan usus sebelum berjaya mengeluarkan gelas dari dubur pesakit.

Lelaki malang itu semakin pulih selepas pembedahan dan keadaannya dikatakan stabil. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain