suria

Kantoi aksi panas di stadium ketika perlawanan, pasangan kekasih berdepan hukuman penjara

Seorang wanita dirakam melakukan seks oral terhadap seorang lelaki di stadium. foto baseballisdead_/Twitter

SATU pasangan dirakam melakukan aksi tidak senonoh di dalam stadium ketika perlawanan besbol.

Dalam kejadian pada Ahad, pasukan Oakland Athletics menentang Seattle Mariners di RingCentral Coliseum di Oakland, Amerika Syarikat.

Kedua-dua individu itu melakukan aksi tersebut memandangkan keadaan stadium ketika itu separuh kosong tanpa penonton.

Bagaimanapun, pasangan itu tidak menyedari aksi mereka dirakamkan oleh seorang penyokong.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak hirau suhu 40 darjah selsius! Pasangan 'show off' aksi tidak senonoh atas bangunan

Rakaman yang memaparkan aksi panas selama lima saat itu menjadi tular di media sosial.

Jabatan polis Oakland dimaklumkan mengenai perkara itu dan jurucakap memberitahu siasatan dilakukan berhubung kejadian.

TMZ difahamkan, jika pasangan itu didakwa dan disabitkan kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda, atau kedua-duanya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain