suria

Tidak hirau suhu 40 darjah selsius! Pasangan 'show off' aksi tidak senonoh atas bangunan

Tangkap layar memaparkan aksi pasangan tersebut

WALAUPUN dalam keadaan cuaca panas terik dengan suhu 40 darjah selsius, sepasang kekasih dilihat sedang melakukan seks di atas bangunan parkir kereta bertingkat.

Klip video yang dikongsikan menerusi Twitter itu menunjukkan pasangan terbabit melakukan aksi tidak senonoh dengan berlatar belakangkan bangunan pejabat di sekitarnya berhampiran bandar Birmingham.

Malah ia dikatakan berlaku ketika waktu tengah hari pada Khamis lalu.

Video yang dikongsikan sekitar jam 10 malam, Jumaat itu kemudian tular dan ditonton lebih 163,000 pelayar Twitter.

Para netizen bukan sahaja menjadikan pasangan tersebut sebagai bahan jenaka tetapi turut mempertikaikan tindakan kedua mereka yang memakai topi parti.

Dalam pada itu, Daily Star melaporkan bahawa tiada laporan polis dibuat ke atas pasangan terbabit. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain