suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tepat pada masanya... Lelaki bergegas sambut kanak-kanak 2 tahun jatuh tingkat lima

Tangkap layar video yang menjadi tular di media sosial.

TINDAKAN pantas seorang ‘adiwira’ akhirnya berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terjatuh daripada tingkat lima sebuah rumah pangsa.

Insiden itu berlaku ketika Shen Dong, 31, sedang meletakkan kereta miliknya di seberang jalan berhampiran beberapa blok rumah di Tongxiang, wilayah Zhejiang di Beijing, China.

Menurut Dong, dia mendengar satu bunyi berdentum yang kuat ketika kanak-kanak itu jatuh di atas sebuah bumbung keluli.

Malah, kanak-kanak perempuan itu kemudian berada dalam keadaan terumbang-ambing di tebing tingkat satu lalu tergelincir sekali lagi.

Tanpa melengahkan masa Dong mencampak telefon bimbitnya sebelum membuka tangan bagi menyambut si kecil itu sebelum mangsa terhempas jatuh di atas kaki lima konkrit.

Rakaman kejadian dikeluarkan polis tempatan di media sosial Weibo menjadi tular hingga meraih lebih 138,000 jumlah tontonan dan 7,700 tanda suka.

Kanak-kanak itu dibawa dengan kadar segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang kini berada dalam keadaan stabil. INDIA.COM

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain