suria

Selamba buat video makan ikan jerung, blogger China disiasat pihak berkuasa

global 1

SEORANG penulis blog China yang menyiarkan video sedang menikmati seekor jerung putih sedang disiasat pihak berkuasa selepas klip itu tular di media sosial.

Menggelarkan dirinya sebagai Tizi, dia yang popular menerusi saluran penstriman Cina Douyin mempunyai hampir lapan juta pengikut.

Dalam video sebelum ini, Tizi kerap berkongsi video makan haiwan-haiwan yang jarang ditemui.

Dalam video terbaharunya, Tizi membuat perapan lada hitam pada bahagian ekor jerung itu sebelum ia dipanggang.

"Ia mungkin kelihatan ganas, tetapi dagingnya benar-benar lembut," katanya.

Gadis itu turut mendakwa jerung berkenaan dibiakkan dalam satu tangki kurungan.

Siasatan polis kini sedang dijalankan dan video itu juga telah dipadamkan daripada saluran Tizi.

Tegasnya, dia memperoleh ikan itu "secara sah" dan mengikut lunas undang-undang yang betul.

Seorang pengguna Weibo berkata: “Saya pernah melihat videonya sebelum ini. Dia keterlaluan. Dia juga memakan seekor buaya dan salamander gergasi berwarna emas.

"Saya berasa ngeri apabila melihat dia makan ekor buaya sekali," tambah seorang lagi netizen. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain