suria

Pemetik buah didakwa bunuh anak majikan, betul ke sebab tak dibayar gaji?

Suspek didakwa membunuh seorang kanak-kanak, Khamis lalu.

SEORANG pemetik buah didakwa membunuh anak majikannya di sebuah ladang di Boston, England, Khamis lalu.

Saksi melaporkan mangsa iaitu Lilia Valutyte yang berusia sembilan tahun sedang bermain dengan adiknya ketika dia diserang lelaki berkenaan.

Suspek yang dikenali sebagai Deividas Skebas, 22, berjaya ditangkap sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Lincoln pada 1 Ogos atas dakwaan pembunuhan itu.

Namun, dia hanya bercakap untuk mengesahkan nama, alamat dan tarikh lahirnya semasa pendengaran yang berlangsung selama dua minit.

Keluarga mangsa menyifatkan kejadian itu sebagai mimpi ngeri terburuk dalam kehidupan mereka.

Dalam pada itu, polis juga tidak menolak kemungkinan sekiranya suspek bertindak kejam selepas tidak dibayar gaji oleh ibu mangsa yang mengendalikan ladang tersebut.

Bagaimanapun, kebenaran itu belum dapat dibuktikan kerana timbul penafian kaitan ibu mangsa dengan pengurusan ladang berkenaan.

Rakan rapat keluarga itu memberitahu The Sun: “Mereka sangat bimbang. Mereka tidak dapat tinggal di rumah.

“Mereka bimbang pelaku ini masih boleh berada di luar sana. Mereka bimbang mereka boleh menjadi sasaran seterusnya.

“Ia amat mengerikan," ujar sumber itu lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain