suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berbahaya, tiada permit! Produk kecantikan Malaysia dirampas

Antara produk kecantikan yang dirampas.

PULUHAN kosmetik dari Malaysia dan China didakwa berbahaya dan dijual secara tidak sah di beberapa kedai sekitar Kota Tanjungpinang di Kepulauan Riua Indonesia.

Bahagian Pengawalan Ubat dan Makanan Tanjungpinang, Ray Gunawan berkata, ekoran itu pihaknya terpaksa menyita kesemua produk tersebut dan hasil rampasan dianggarkan bernilai Rp7 juta (RM2,100).

"Terdapat 87 jenis barangan produk kecantikan yang dirampas menerusi pemeriksaan berkala yang dijalankan.

"Dari sasaran enam klinik dan kedai, kita menemukan tiga lokasi khas yang menjualnya secara tidak sah," ujarnya.

Jelas beliau, kesemua bahan tersebut dikategorikan tidak sah kerana tiada permit jualan selain berbahaya dan tamat tempoh.

Malah katanya, terdapat juga produk yang telah dihalang penjualannya sebelum ini namun masih terdapat di kedai-kedai tersebut. - Kompas.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain