suria

Bagasi tiba di 'destinasi' lain, wanita kecewa kos kehilangan tidak setimpal... harga pakaian renang pun lebih mahal!

Laura terkejut bagasinya (gambar kecil) yang hilang di TUI dijumpai dalam artikel.

SEORANG wanita yang kehilangan bagasi dalam penerbangan TUI akhirnya menemui beg tersebut, namun ia berada sejauh 2,100 kilometer.

Difahamkan, Laura Simpson, 35, bersama keluarganya dalam perjalanan ke Pulau Menorca di Laut Mediterranean untuk bercuti.

Namun, apabila mereka tiba di destinasi percutian, beg pakaian yang dibawa bersama hilang.

Dia kemudian cuba berhubung dengan syarikat penerbangan TUI untuk melaporkan tentang kehilangan bagasi tersebut.

Bagaimanapun, percubaannya selama berjam-jam tidak berjaya.

Laura kecewa pihak penerbangan tidak dapat dihubungi untuk aduan kehilangan bagasi.

Laura kecewa pihak penerbangan tidak dapat dihubungi untuk aduan kehilangan bagasi.

Selepas dua hari, Laura melihat beg pakaiannya dalam laman sesawang ketika membaca artikel dalam talian yang menunjukkan deretan bagasi di Lapangan Terbang Manchester.

Dia kemudian memaklumkan syarikat penerbangan itu bahawa dia telah melihat bagasinya dalam talian tetapi tidak menghantar sebarang beg pakaian itu selain tidak menerima panggilan daripada mana-mana pihak berhubungnya.

Malah, Laura turut memaklumkan bahawa beg pakaian berkenaan mengandungi ubat asma dan ekzema.

"Orang yang saya bercakap semalam berkata mereka sebenarnya telah menutup siasatan kami kerana beg telah dipulangkan.

"Kami kini berada di hari keenam percutian dan mereka hanya memberi kami €25 (RM113.91) sehari bagi setiap beg pakaian, tetapi pakaian renang di sini berharga €45 (RM205.04).

"Tempat menjual seluar dalam pun tiada, jadi kami terpaksa pergi ke bandar berdekatan," luahnya yang tiba di lapangan terbang dengan memakai jeans dan kemeja T hoodie. - Mirror.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain