suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bengang dipecat majikan, pekerja binaan balas dendam... rosakkan rumah mewah dengan jengkaut

Video yang dirakam memaparkan seorang pekerja binaan memusnahkan sebuah rumah mewah dengan jengkaut.

SEORANG pekerja binaan bertindak merosakkan rumah baharu di sebuah kawasan perumahan mewah selepas didakwa dipecat oleh majikannya.

Rakaman yang dikongsi di media sosial memaparkan pekerja lelaki tersebut memandu sebuah jengkaut dan menghancurkan hartanah yang terletak di tepi tasik di Calgary, Kanada.

Tindakan pekerja berkenaan menyebabkan penduduk terkejut dan hanya memerhati sehingga polis tiba di tempat kejadian di Pride of Rosseau Marina, Tasik Muskoka.

"Seorang pekerja yang tidak berpuas hati kerana dipecat bertindak memusnahkan rumah dengan jengkaut," demikian tulis kapsyen pada video yang dimuat naik di media sosial.

Pihak berkuasa yang tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian menahan seorang lelaki berusia 59 tahun, yang disahkan bekas pekerja di hartanah itu.

Dia telah didakwa melakukan kerosakan bernilai melebihi £3,210 (RM17,391). - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain