suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jijik! Kepala ular dalam makanan syarikat penerbangan tambang murah

Kepala ular ditemui dalam hidangan untuk penerbangan SunExpress.

JIJIK! Itulah perkataan sesuai apabila tular satu klip video menunjukkan kepala ular berada di atas pinggan hidangan yang disajikan dalam penerbangan sebuah syarikat penerbangan tambang murah.

Video tersebut dirakam oleh seorang pramugari.

Difahamkan kejadian berlaku pada Khamis, sewaktu penerbangan SunExpress dari Ankara,Turki ke Dusseldorf, Jerman.

"Tuduhan dan perkongsian dalam akhbar mengenai perkhidmatan makanan dalam penerbangan kami sama sekali tidak boleh diterima dan siasatan terperinci telah dimulakan mengenai perkara itu," kata SunExpress dalam satu kenyataan.

Sancak Inflight Services, pihak yang menyediakan makanan dalam penerbangan untuk syarikat tersebut menafikan kecuaian daripada mereka.

'Kami tidak menggunakan mana-mana objek asing yang sepatutnya berada dalam makanan semasa memasak," demikian kenyataan Sancak. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain