suria

Pelayaran bertukar cemas, Mia Khalifa dikejar 10 lelaki menaiki bot laju

Mia berkongsi kejadian dikejar 10 lelaki menaiki bot menerusi Instagram.

BEKAS pelakon filem porno Mia Khalifa berdepan detik cemas ketika dia mengikuti pelayaran di Miami, baru-baru ini.

Wanita kelahiran Lubnan berusia 29 tahun itu berkongsi menerusi Instagram Story mengenai kejadian cemas pada 31 Julai.

Menurut Mia, kapal layar dinaikinya diekori kira-kira 10 lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah bot laju.

Dalam satu posting video, kelihatan bot berkenaan bergerak laju menghampiri kapal layar yang dinaiki wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kapal layar gergasi hampir tersangkut sewaktu lalui terusan

Ramai beranggapan tiada sebarang kejadian buruk berlaku kerana Mia dilihat berkongsi posting lain selepas insiden tersebut.

Sebagaimana diketahui ramai, Mia sejak tahun lalu banyak menghabiskan masa belayar di lautan.

Dia sebelum ini kerap berkongsi foto dan video ketika belayar di United Kingdom (UK), Ibiza dan Amerika Syarikat (AS). - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain