suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nenek sado umur 53 tahun makin popular, peminat kecoh gara-gara foto dalam tab mandi

Foto Andrea dalam tab mandi menjadi perbualan ramai peminatnya.

USIA bukan penghalang.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai wanita berusia 53 tahun ini yang masih sihat dan memiliki tubuh seperti orang muda.

Kecantikan serta kecergasan yang dipamerkan Andrea Sunshine membolehkan dia mengumpul lebih 143,000 pengikut di laman Instagram.

Terbaharu, ahli bina badan itu sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila dia berkongsi foto separa bogel ketika berada di dalam tab mandi.

Dalam satu foto berlainan, dia turut menunjukkan otot lengannya yang kekar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek usia 50 tahun jadi bualan ramai, digelar Pamela Anderson versi Australia

Perkongsian foto itu meraih pujian pengikutnya sejak ia dikongsi dua hari lalu.

Selain memuji kecantikannya, ada peminat turut berseloroh untuk ikut sama dalam foto tersebut.

Baru-baru ini, Andrea turut mendedahkan dia dihujani ribuan komen dan mesej di Instagram mengenai petua awet muda.

Andrea yang menetap di London berkata dia akan bersenam di gim selama lapan jam sehari.

Untuk rekod, Andrea yang memiliki dua orang cucu turut terlibat dalam dunia peragaan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain