suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 4 tahun buta, mata kiri terkena pemegang skuter ketika bermain

Coral buta mata kiri selepas bermain skuter.

KANAK-KANAK berusia empat tahun buta selepas pemegang skuter terkena mata kirinya tanpa sengaja.

Pada masa kejadian, Coral Allan sedang bermain skuter tersebut bersama ibunya Amanda, 39, sebelum tiba-tiba jatuh dan ditusuk pemegang pada bahagian mata.

Ekoran kejadian itu, keesokan harinya, dia tidak dapat melihat menggunakan mata kiri.

"Selepas jatuh, Coral sedikit menggeletar dan matanya kelihatan sedikit cedera namun dia menyatakan ia tidak sakit.

"Sepanjang hari tersebut, saya bertanyakan sama ada dia boleh melihat dengan baik atau tidak... dan dia nyatakan boleh.

"Tetapi keesokan harinya, pandangan mata Coral kelihatan kabur sehingga tidak dapat melihat keseluruhan," ujarnya.

Coral kemudian dihantar ke Hospital Diraja Glasgow untuk rawatan kecemasan dan pihak perubatan cuba menyelamatkan bola matanya yang rosak. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

buta mata, budak cedera, main skuter,

Artikel Lain