suria

Kefir kucing terbesar di dunia, sering disangka anjing

Kucing bernama Kefir membesar di luar jangkaan. foto Yulia Minina/ SWNS

SEORANG wanita, Yulia Minina, memiliki seekor kucing gergasi bersaiz harimau kumbang dewasa bernama Kefir.

Tinggal di bandar kecil Stary Oskol di Rusia, dia membeli anak kucing baka Maine Coon itu, dua tahun lalu.

Dan kini dia mengatakan bahawa kebanyakan orang berfikir bahawa kucing putih gergasinya sering dianggap sebagai seekor anjing.

Ukuran panjang sebenar kucing berkenaan tidak diketahui, tetapi jelas daripada imej bahawa ia lebih panjang daripada seekor kucing rumah biasa anda.

"Saya tidak dapat menyangka anak kucing boleh menjadi begitu besar.

"Ia bukan sahaja membesar dari segi rupa, ia juga sangat bijak dan sentiasa bersikap tenang.

"Kefir mempunyai penampilan yang menggerunkan, tetapi ia seekor anak kucing yang sangat penyayang dan sederhana," kata Minina. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kucing gergasi, Yulia Minina, Kefir,

Artikel Lain