suria

Ibu tak sengaja beri makanan burung untuk anak ke sekolah

Seorang ibu tidak sengaja menyediakan makanan burung untuk anak di sekolah. -gambar hiasan

TIDAK kira betapa bersedianya anda, keibubapaan merupakan tugas yang sukar pada waktu tertentu.

Lebih-lebih lagi sibuk menyiapkan pakaian sekolah anak-anak pada waktu pagi.

Namun, seorang ibu menyedari telah melakukan kesilapan ketika membekalkan makanan untuk anak lelakinya ke sekolah.

Menerusi satu perkongsian di laman Mumsnet, wanita berkenaan memberitahu dia sepatutnya menyediakan salad pasta untuk bekalan makanan anaknya.

Sebaliknya, anaknya diberikan bekas yang mengandungi makanan burung.

"Saya beritahu anak dia makan salad pasta untuk makan tengah hari. Petang ini dia tanya kenapa dia diberikan makanan 'kentang putar' yang pelik.

"Rupa-rupanya salad pasta masih di dalam petik sejuk, dan dia makan makanan yang patut diberikan kepada burung-burung.

"Adakah sesiapa pernah menghantar anak ke sekolah dengan apa-apa yang lebih buruk atau kami adalah ibu bapa terburuk di Mumsnet?" soalnya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain