suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita selamba berak tepi kereta, saksi sempat ambil gambar sebagai bukti

Seorang saksi sempat merakam gambar sebagai bukti perbuatan kotor wanita itu.

PENDUDUK di sebuah kejiranan di Scunthorpe, England berang dengan tindakan seorang wanita yang berak di kawasan terbuka.

Menurut seorang penduduk, dia terkejut melihat tindakan wanita itu yang selamba berak tanpa rasa malu bersebelahan kereta yang dinaikinya.

Malah, saksi wanita itu tersebut turut merakam gambar pelaku untuk disimpan sebagai bukti.

"Saya malu dengan apa yang berlaku. Ia satu perbuatan yang gila.

"Saya keluar rumah pada 3.20 petang bersama rakan-rakan. Saya lihat pintu sebuah kereta berwarna biru terbuka.

"Kemudian saya nampak wanita itu sedang berak. Ketika kami semakin dekat, dia terus sarungkan seluar.

"Kami nampak ada selonggok najis di situ," kata Nicky Johnson yang tinggal di kawasan berkenaan.

Susulan kejadian itu, para penduduk turut menghubungi majlis perbandaran untuk membersihkan kawasan tersebut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain