suria

Malas nak berdiri lama? Lelaki ini tawar khidmat ‘tolong beratur’ untuk anda beli tiket konsert

Pelanggan Freddie biasanya terdiri daripada golongan kaya. Foto: Gettty Images.

DALAM dunia ini ada beribu jenis pekerjaan yang boleh kita lakukan.

Namun, pernahkah anda terfikir bahawa kita boleh menjana pendapatan dengan beratur?

Kedengaran pelik, tapi itulah pekerjaan yang dilakukan oleh Freddie Beckitt, 31, dari Fulham, London.

Pelanggan Freddie biasanya terdiri daripada golongan kaya yang malas untuk beratur sendiri ketika membeli tiker konsert, tiket muzium dan sebagainya.

Biasanya, Freddie mengenakan caj sebanyak £20 (RM114.29) untuk setiap jam dia beratur.

Malah, Freddie juga banyak menerima ulasan lima bintang daripada pelanggannya yang berpuas hati dengan khidmat yang diberi.

Tambah Freddie, dia paling sibuk apabil tibanya musim panas. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain